Monday, September 28, 2009

diari 10 terakhir ramadhan di columbia asia hospital puchong

Oklah..seperti yang dijanjikan..ceewah..ntah dengan saper ntah aku janji nak update citer pasal aku kat wad aritu..hehehe..tkperlah sharing is caring kan?hahaha..k lah..jom la menikmati diari ramadhan aku yang tak berapa nak ramadhan sangat coz ramdhan kali ni aku hanya dapat berpuasa 5 hari jer..yang lain hancur disebabkan sakit yang melanda...omg terbayang bayang lepas habis pantang ni nak ganti puasa..harap aku dapt ganti secepat yang mungkin..target?? seminggu 2 hari ganti puasa...

Awal ramadhan..
memang semua yang baca blog aku dah tahu before puasa lagi aku dah dilanda sakit..tapi time tu ingat sakit biasa jer..so dok ulang alik g klinik jer laaa...tak terfikir pun nak pergi check up kat hospital betol-betol..sampai la tahap one day memang dah tak boleh bangun langsung baru tergerak hati nak pergi check up kat pakar puteri tapi rupanya hampeh..doctor tu tak detect betol-betol sakit aku sampai la dia cakap aku hanya mengalami PCOS..nanti korang google la sendiri yer apa tu PCOS ..diakata sindrom tu tak apa-apa dan boleh dirawat dengan makan ubat hormon n reduce my weight n boleh kembali pulih seperti biasa..hurm!!!then dekat seminggu jugak la aku makan ubat yang dr tu bagi....tp sakit aku ni tak baik-baik..hari-hari muntah,lemah,sakit perut ,bisa-bisa badan ..then kebetulan ayah dan ibu pulang ke johor and tengok kondisi badan aku yang lemah sangat,dorang decide nak bawak aku g columbia asia hospital yang dekat ngn umah ayah aku kat puchong tu..memang sejak tahun lepas keluarga aku selalu refer kat hospital tu coz kat hospital tu ada teman pada aunty ibu aku .dr jurina..dia mmg doctor yang sangat baik dan bagus!!!

9 ogos 2009 10.30 a.m

aku g jumpa dr jurina for check up..tp pagi tu dr jurina tersangatlah busy and dia trus admit aku masuk wad suh berehat dulu nanti petang dia akan datang untuk wat check up..wah best kan dr jurina..belom check up tp dah suh duduk wad coz dia tahu aku mmg selalu sakit..aunty amai selalu call dia cakap aku sakit2 kat johor..dah lama dia suruh dtg jumpa dia tapi aku yang degil sangat cakap yang aku ni sakit2 biasa jer..
then aku pun masuk la wad..nurse nurse kat situ pun menjalankan la tugas dorang masing2..tak sampai setengah jam aku kat dalam wad tu..macam2 dorang dah wat kat aku..amek darah..check b/p.check blood sugar ..mula mula duduk kat wad yang berdua..kakak kat sebelah aku tu pun mengalami simptom2(eh tol ke eja cam ni)yg sama cam aku..tapi menjelang tengahari aku dah dipindah kan ke single room..rupanya my parent yang request kan single room atas alasan nak bagi aku berehat..oh so sweet..terharu aku..then petang tu dr jurina datang bersama dengan result darah aku..dia tanya aku soalan macam2..dia tanya selama 2-3 bulan ni ada tak aku macam lemah-lemahn macam macam lagi la..rupanya soalan tu suma ada kena mengena dengan blood test aku..dia cakap kandungan darah dalam badan aku ni tersangatlah kurang ..hanya 9 sahaja..sedangkan normal dalam 13..omg?aku kurang darah..patotpun lately ni aku asik lemah jer..so bermula la sesi untuk megkaji kenapa terjadi semua ni..so malam ni aku disuruh berpuasa coz esok nak wat scoop..(erm kamera yang dimasukkn dari bawah ..erm yg kat punggung tu la untuk tengok usus kat perut ni..huhuhu seriau aku nak menerangkannya..)scoop ni semua under dr muzammil..omg?doc lelaki?saya harus tunjukkn punggung saya pada dia?oh tidak!!malunya!!!..

10.september 2009 8.00 a.m

pagi pagi la gi aku dah bangun..huhuhu takut punya pasal..yer la..ibu cakap scoop tu masukkn kamera kat bun*** kita..mesti la sakit kan.walaupun dibius separuh sedar..so tengahari tu ?what tengahari?yer..saya terpaksa berlapar sehingga ke tengahari untuk di scoop..huhuhu..so lama ..ingatkan pagi..huhuhu.nurse pun datang ..suruh aku pakai baju yang macam nak masuk bilik bedah tu..hanya ikat tali dibelakang..omg!!lagi skali hati aku berkecamuk..malu nya nak pakai baju2 camni..tp ibu berjaya tenangkan fikiran aku ni .."takper la kak,pakai jer la..kan darurat"then aku dipindahkan ke atas katil n ditolak ke bilik scoop tu..omg..rasa macam dalam drama la pulak bila suasana macam ni..then sampai jer kat bilik scoop tu,dua orang nurse yang comel dan cantik dah sambut aku..aku di suruh mengiringkan badan aku then aku pon tak tahu apa dia buat tiba tiba jer aku sedar aku macam mamai..aku dengar bunyi mesin,aku tgk sebelah aku ada skrin n sedar tak sedar dah ada video live usus perut aku..omg bila pulak dr muzammil ni masukkn??erm aku tak rasa sakit tp aku macam mamai.maybe effect bius tu kan..aku dapt tgk usus kat dalam perut aku ni..tiba2 kat satu part ni,usus aku kelihatan luka..orang panggil ulcer..agak teruk jugak..so aku nampak doctor tu ada amek sikit tisu kat dalam usus aku untuk di buat ujian...then bila semuanya selesai...aku g pulak buat city scan..erm kat sini la segalanya bermula bila dorang jumpa sesuatu kat ovari kiri aku..cyst sebesar 13 cm..omg..besar tu!!macam mana hari tu aku check up kat jb dr tu boleh tak nampak??then lepas di scan..aku trus dibawak jumpa dr raja ,dr pakar sakit puan untuk check up dengan dia..dr raja pun scan la aku lagi skali..dia cakap aku ada ovarian cyst..dah besar sgt and macam ada infection sikit so aku harus dibedah secepat mungkin ..so dia decide untuk operate aku keesokkan harinya pukul 2.00 petang..hati aku berkecamuk,coz Dr raja cakap dia cuba yang terbaik untuk selamatkan ovari aku hanya dengan buat cyst tu jer tp jika tak boleh dia terpaksa buang ovari kiri aku..omg!!sebelah kilang telor aku akan dibuang??boleh ker aku pregnant lagi lepas ni..tp Dr raja tenangkan aku.dia cakap kalau buang sebelah tak apa kerana sebelah lagi ovari boleh berfungsi..walaupun lega..tp air mata aku tak berhenti meleleh coz aku takut untuk hadapi waktu esok...

the day...11 september 2009 (11 september?????osama laden??hahaha sempat wat lawak lagi)

pagi pagi lagi aku dah bangun..solat subuh..malam tadi ayah ibu adik-adik datang jumpa aku..ayah bagi al quran and majmuk sharif suruh baca suruh tenang.ayah suruh aku bayakkan berzikir ,buat solat sunat taubat..ibu pulak bacakan yassin kat sebelah aku time aku tido agar dipermudahkan semuanya..ayah ibu suruh aku redha atas apa yang akan terjadi..ayah pesan masuk operation ni macam kita nak bertarung nyawa jugak coz kita akan dibius tak sedar.jika time tu Allah cakap taknak bangunkan kita lagi?so ayah suruh aku redha.ayah halalkan semua makan minum aku selama ni..hati aku berkecamuk time tu..air mata aku tak berhenti meleleh..ini operation pertama aku selama 24tahun aku hidup..aku jadi teringat kat emak yang melahirkan aku..before aku g k.l aku tak salam dia..coz tak sempat..lagipun aku cakap dengan dia aku tak lama coz nak wat check up biasa jer..tak sangka pulak sampai jadi mcm ni..aku jadi ingat kat anak aku..aku rindu dia..andai aku pergi..aku tak sempat nak cium dia buat kali terakhir..aku jadi rindu kat kakwa yang dah lama duduk kat jakarta..aku harap aku sempat jumpa dia bila dia balik raya nanti..aku pandang muka suami aku..aku tau dia risau..

pukul 1 tengahari nurse datang bawak baju untuk ke bilik penbedahan..ibu bantu aku pakaikan baju tu..aku tak dibenarkan memakai apa apa melainkan baju tu dan juga sarung kat kepala..erm rasa betol betol macam nak persiapkan diri bertemuNya..air mata adik adik aku terutama sara memecahkan sunyi di bilik aku..mata ibu dan ayah pun berkaca..nurse datang bawak katil untuk aku bersedia ke bilik pembedahan..aku salam ayah,ibu dan hubby aku..aku peluk erat adik adik aku..then aku pun dipindahkn dr katil aku ke katil tu..katil tu agak tinggi so perlukan aku panjat dr katil aku ke katil tu..aku terbaring..nurse tolak aku dr wad ke dalam lif..ibu dan suamiku ikut sekali hingga ke depan bilik pembedahan..sampai dekat depan bilik..b4 masuk ke bilik pembedahan ibu dan suamiku dibenarkan masuk di satu ruang dipanggil prosuder room kot ..aku pun lupa..kat situ dr bius n nurse dah menanti aku..terakhir aku ingat.aku disuruh mengiring..then lepas tu terus aku tak sedar...sehingga la 7 jam lamanya aku .didalam operation room..sedar swdar aku dah kat wad..dan jam nenunjukkan 9 malam..


erm to be continue..dah panjang sgt nih..

kenapa aku menangis?

Malam tadi lepas balik dari rumah kakwa aku trus tido..kepenatan..then terjaga pukul 4.30 teringat terlupa untuk total duit berniaga untuk semalam..then mengira la aku sorang sorang pagi2 buta td..setengah jam kemudian dah settle..tapi aku still tak boleh tido..aku pun mengemas la apa yang patot..then 6.15 kejut my hubby untuk solat subuh..after that kuatkan diri untuk ambik lappy ..bukannya apa..lepas operation ni malas nak angkat benda yang dari bawah..tersangat la sakit ok bila nak menunduk tu..so nak tak nak online dari hp jer.nasib baik hp boleh wifi,kalau tak kopak bill aku nak bayar data charge..huhuhu

hubby dah sambung tido.aku pun bukak la myspace,blog kawan-kawan macam biasa..tiba tiba teringin nak bukak myspace arwah apek@taufik..erm,bukak jer page dia..airmata ni dah berjurai..aku jd sedih bila baca komen dari adik dia dijah..omg..tk dapat aku bayangkan jika aku kat tpt dijah..dijah,kak miza doakan dijah tabah untuk hadapi semua ni..memang tak dapat bayangkan bila orang yang kita sayang dan rapat pergi tinggalkan kita untuk selamanya..erm...


then aku jadi teringat kat Arwah herry pulak..so aku pun bukak la page dia..once again.air mata aku tak boleh ditahan lagi..arwah hery and arwah taufik kedua duanya meninggal di usia yang muda..Ya Allah,aku jadi sedar yang bila-bila masa saja nyawaku boleh di ambil..

Al-fatihah..
arwah atok senin dan nenek nor
arwah atok khatib loran dan nenek saodah
arwah nek munna dan nek rok
arwah ayah cik (zamele zured)
arwah taufik
arwah herry
kalian semua sentiasa dalam ingatanku..
amin...

*al fatihah juga buat arwah bapa sara..sara sorry coz kak mieza tak dapat datang ziarah sara dan family.akak time tu baru jer balik dari kl dan tak kuat lagi nak g mana-mana..akak doakan sara tabah k..

Wednesday, September 23, 2009

im back....

dear my blog...aceh...windunya kt blog saya nih...setelah hampir 3 minggu ditinggalkn...huhuhu..apa khabar agaknya blogger2 yg lain erk..tgk blog org len stelah sekian lama tk dpt online masing2 dah berupdate berjela2..yg paling galak cik ain kita tu...huhuhu..masing2 dah update citer pasal raya la apa laaa..huhhu jelousnyaa..tp saya?banyak benda nk dikongsikn kn..bukn pasal persiapan raya.tp pengalaman 10 hari di wad dikelilingi nurse2 yg tk dapat balik kampung untuk beraya..hehehe