Sunday, August 30, 2009

24 itu tua ker??

12.00 a.m 31 st august

Tengah syok-syok nak bukak mengadap lappy kat hall depan tiba tiba hubby naik n trus matikan kotak fius utama rumah kami.gosh....my hubby buat suprise bday party(erm tk layak dipanggil begitu kerana hanya disambut tk lebih dr 6 orang huhuhhu dan juga tiada hidangan makanan yang istimewa like ayam golek dan sebagainya)tiba tiba kedengaran lagu happy bday berkumandang dari arah tangga rumah..hohoho...Alhamdulillah..genap sudah umurku 24 tahun hari ini..tp nak ikutkan pukul 9.30 a.m nanti waktu i dilahirkn..
kek harijadi yang ditempah olehnya pagi tadi katanya..i tk sempat nak amek pic sebelum cake dipotong coz terlalu busy melayan sms dan call yang masuk..acehhhh..ayat nak gempak...tp i terharu sangat2 dengan kata2 kat atas cake tu..SELAMAT HARI JADI ISTERIKU.. oh so sweet...


kemudian hubby bawa saya masuk kebilik..ehem ehem bukan untuk kenapa apa yer..dia keluarkan sebungkus hadiah dan letakkan di atas katil..dia suruh teka..i pon bagi la jawapan yang kurang bernas standard piawai budak darjah satu something like frame n bla bla bla..then i pun bukak..wah happynya i...tak sangka pulak dia belikan i ..i ingat dia main main untuk belikan hadiah ketika bday i...

N here we go....tadaaaaaaaaaaaaaaaaa

tiada kata kata nak digambarkan...my hubby tahu i addict amek pic anak dia so dia belikan i sony ericsson k850 ..camera 5 megapixels dan sgt2 terang untuk i jadikan mike sebagai subjek esok hari..hehehehe


Borak punya borak jam dah dekat pukul satu pagi..soo i decide nak bawak adik ipar i aien pergi makan kat kfc..terpaksa la pilih situ dah kat kota ni situ jer yang 24/7..oh my god..at this time?selamat membulatkan diri aien ..hehehehe

k lah..nak tido dulu..thanks kepada yang wish happy bday kat i..to uncle ahpek..thanks la coz susah2 jer nyanyikan lagu bday untuk mummy miqail sambil background music dentingan jam besar kota tinggi tu..huhuhuhu..mana hadiah mummy uncle??






Saturday, August 29, 2009

TERIMA KASIH AYAH....

August 30, 2009 - Sunday

Current mood:motivasi
Category: Life



hari ni hati saya berbunga bunga untuk menulis sedikit tentang ayah saya..kenapa yer?kerana mungkin semalam adalah hari yang paling lama yang saya habiskan masa bersama family saya.bukan senang untuk dapat bersama macam ni coz ayah dan ibu saya telah berhijrah ke k.l untuk menguruskan cawangan baru kami dan demi untuk adik adik saya mendapat pendidikan tahfiz yang mempunyai pilihan yang agak banyak di sana..kali ni mereka pulang seminggu di johor..wah bestnya...

siapakah ayah saya..?dia seorang anak yang soleh yang berjaya kerana restu dari kedua ibu bapanya..ayah saya hanya seorang pemuda kampung yang dulunya membesar di durian tunggal melaka dan dibesarkan dengan serba sederhana..atok saya seorang penoreh getah dan berniaga warung secara kecil kecilan di bawah rumah kampung kami..

kerana desakan hidup yang agak susah,ayah saya bernekad untuk menamatkan persekolahannya pada umur 12 tahun untuk mengejar cita citanya membantu keluarganya dengan mengikut salah sorang makciknya yang tinggal di singapura untuk berniaga.dengan berbekalkan wang hasil jualan kambing atok saya,dia pun berhijrah ke singapura..dan saya pernah terdengar yang emak saya bilang ketika itu,ayah saya bernekad untuk menyenangkan keluarganya dan pernah berseloroh"satu hari nanti aku akan bawa pulang kereta mewah ke kampong ni"..tp dimana ada kemahuan di situ ada jalan,ayah saya berjaya membuat apa yang di selorohkn itu menjadi kenyataan..ya..dia membawa pulang mercedes pertamanya sekitar tahun 90-an..

tetapi perjalanan ayah saya tidaklah semudah mana..selepas mengenali emak saya di singapura dan berkahwin.ayah saya berhijrah ke kota tinggi johor iaitu di kg batu 4..dengan berbekalkn ilmu nasi ayam yang dipelajari di singapura,dia membuka warung kecil di depan rumah kami..saya jadi sedih apabila emak saya bilang ayah saya dulu ke pasar hanya mengunakan basikal..

hari demi hari..kehidupan keluarga kami makin berubah,ayah bermula dari warung.kemudian mendapat rezeki lebih sedikit untuk berhijrah ke pekan kota untuk membuka restoran pertamanya sekitar tahun 1985..ya tahun saya dilahirkankakak kakak saya selalu bilang yang saya dilahirkan ketika ayah saya sudah mula untuk senang sedikit..kerana mereka merasa berulang balik ke kampung halaman emak saya dengan menaiki bas dari kota tinggi ke singapura tetapi saya tidak merasanya..Alhamdulilllah..terima kasih di atas limpah kurniaMu Ya Allah..

tahun demi tahun berlalu..sedar tidak sedar..ayah saya sudah mempunyai dua bangunan kedainya sendiri ianini restoran yang saya sedang menjalankan perniagaan di taman sri saujana dan di Baser aircond iaini cawangan yang ketiga terletak di bandar kota tinggi selain menyewa 4 lagi premis ,3 di sekitar kota tinggi dan satu di puchong selangor..dan kini dia sudah boleh bangga dengan 6 cawangan restorannya.. syukur Alhamdulillah Ya Allah...

Ayah saya seorang yang taat pada Agamanya..dari dia bujang hingga ke sekarang,dia bilang dia tidak pernah tinggal solat..itulah kunci kejayaannya..selain restu dr kedua ibu bapanya dan Rahmat yang diberikan olehNya..

kini ayah saya sedang berbahagia bersama ibu dan adik adik kami yang masih kecil lagi..walaupun ayah dan emak saya telah berpisah,tetapi saya tidak pernah menyalahkan keadaan ini..bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya..saya bersyukur,kerana ketika ayah saya berkahwin dengan ibu saya.umur saya masih kecil iaitu sekitar 9 tahun dan ketika itu hanya saya seorang saya yang masih kecil,kedua kakak saya sudah berkahwin dan mengambil alih perniagaan yang ayah saya tinggalkn untuk mereka..dan saya dibesarkan oleh ibu..dan kini ayah saya sedang menerapkan untuk adik2 saya belajar tahfiz..kerana baginya bila kita sudah mempunyai perisai iaini dengan menghafal alquran,dengan sendirinya kita mudah untuk mempelajari yang lain..dulu saya pernah terpikir kenapa ayah saya menghantar adik saya sakina ke tahfiz sedangkan sakina seorang yang bijak dan mepunyai keputusan yang cemerlang di dalam u.p.s.r..kini saya sudah dapat jawapannya..ayah saya berniat untuk menghantar sakina ke mesir untuk mengambil perubatan tetapi setelah dia berjaya menjadi al-hafizah...ayah saya bilang,keadaan sosial sekarang agak tidak terkawal..dan dengan cara ini denga insyaAllah adik adik saya akan dilindungi olehNya..

Ayah saya sudah mengerjakan haji sebanyak 4 kali..adik adik saya sara dan sakinah sudah merasa mengerjakan haji pada umur 9 dan 12 tahun. dan saya juga sudah merasakannya ketika saya berumur 5 tahun.dan ayah saya lebih memilih untuk membawa keluarga kami pergi ke mekah setiap tahun mengerjakan umrah berbanding mengelililingi dunia kerana baginya disana adalah segalanya.. mungkin kerana itulah rezekinya bertambah..saya bangga menjadi anak ayah..

Alhamdulillah..saya bersyukur kerana ayah saya tidak lupa dan Alpa dengan kesenangan yang dimilikinya..saya cuba untuk menjadi sepertinya.InsyaALLAH..

dua kata kata ayah saya yang sering menjadi semangat saya..
"di dalam perniagaan,jauhi 3 perkara..arak,perempuan dan judi"
dan ayah saya mempunyai prinsipnya..
"kerana Allah saya berkerja,
kerana Allah saya berusaha,
dan kerana saudara(pelanggan pelanggan kami) saya berjaya..."

Dan kunci segala kejayaan adalah ikhlas dengan segala perkara yang dilakukan..

Ayah..saya bangga menjadi anak ayah...TERIMA KASIH AYAH...


jun 2009 ayah saya dan adik adik serta kakak kedua saya mengerjakan umrah sambil melawat mesir..kali ini giliran kakak saya disponsor oleh ayah .jadi saya tidak boleh ikut..kerana giliran sudah selesai.






adik saya yang paling kecil suka memakai jubah kerana melihat koko adib pakainya ketika ingin ke masjid dan ke sekolah.






*entri kali ini adalah sempena hari lahir saya esok..diharap saya dapat menjadi insan yang lebih baik dan hambaNya yang taat...ayah adalah sumber inspirasi saya..

Im happy now







August 27, 2009 - Thursday
Im happy now..
huhuhu mari kita bermula disini...Pagi2 lagi i dah kuar nak g hospital..sampai jer hospital pintu belakang yg i selalu lalu kini ditutup dan kena ikut pintu utama coz dia nak buat saringan h1n1..nasib baik time tu demam i dah kebah sikit..

tp malangnya dr noraini tkder pulak..hati i dah berkecamuk nak tahu pasal masalah i nih..then nurse tu suruh i refer pada Dr. laila.Alamak!segannya.i dah la tak tahu orangnya macam mana lagi satu i malu nak bukak2 nih.cukplah pertama kali i buat paps smear dgn dr noraini,nak bukak tu tuhan jer yg tahu. ..dengan hati yang berdebar2 i pun naik tingkt 2 pakar puteri..lepas check timbang n b/p..i pun tunggu la kat situ..then dr laila pun tiba..ooo patut pun kena tunggu rupanya hari ni mmg hari dia buat operation kt patient2 dia..ok pengajaran..lepas ni tk mo dtg hari khamis lagi if nak jumpa dr laila..Dr laila macam mana orgnya?sgt cantik..berketurunan arab..i jadi tenang bila dia terangkn satu per satu..dan dia buatkan i bersemangat untuk trus follow up dgn dia lepas ni..ok lepas dah scan suma..dia bagi sikit penerangan,i pun cukup2 berpuas hati..dan kini tak perlu bimbang lagi..janji makan ubat yang dia bagi dengan betul..i kena ambil suma ubat2 tu untuk tempoh 6 bulan dan ada ubat lagi satu dalam tempoh 24 bulan..lama kn?tp tkper..berbaloi... untuk elakkn masalah i makin berlarutan ,i sanggup makan ubat byk mana skalipun..





ubat saya juga sangat banyak..aduyai..ditambah lagi dengan ubt ubat g klinik..

time to shopping...huhuhu..sakit2 pun ada hati nak g shopping..balik dari hospital,i singgah jusco tebrau..nak cari mainan untuk si kecik..kedai pertama yg i akan singgah dulu setiap kali ke jusco mesti la toyrus..mengalahkan kanak2 i ni kn..yer la ari tu i beli rubiks twist untuk i ,kali ni daddynya paksa i suh belikn drum set untuk si kecik..ok..pilih punya pilih..i belilah drumset bruin brand untuk naufal..tk la mahal sgt..rm 119 sahaja..dari i kena beli drum set yang betol2tp bapak dia sudah sound awal2 yang satu hari nanti akan ada jugak drum set idaman dia kat umah..ok..skang i mengalah ,sejak i tengok naufal mmg suka bab bab ketuk mengetuk n sejak i lihat anak anak ahmad dhani dalam video klip supermannya...tk sabar nak tunggu my mum hantar naufal kat sini on da way dia masuk spore nanti..malam semalam kami jadi bujang kejap coz naufal kami tinggal di rumah opahnya..i..bukan apa..senang nak bgn pagi pergi hospital..huhuhu..tp i jadi tak boleh tido pulak bila dia tk der kat sisi..





eh..my mum dah ada kat bawah la hantar naufal..to be continue ok..nanti i upload pic naufal men drum

Kesakitan,kesentapan,kenakalan?

August 24, 2009 - Monday
Kesakitan,kesentappan,kenakalan? Current mood:fragile

SAKIT.....
hari ni dah puasa yang ketiga..tp aku still sakit lagi..if sakit biasa tkper,ni dah melibatkn semua badan aku jadi bisa-bisa...ternyata masalah dalam perut aku ni yang aku anggap enteng dah tk boleh dibiarkan lagi..hari ni nak kena pergi jumpa dr noraini @ hosp pakar puteri..harap harap ada la good news yang akan didengar.. ni masalah yang aku sedang hadapi n tangung selama ni..dan aku berharap ia takkan jadi sebesar dan seteruk ini...

SAHUR..
tadi pun aku terlewat bangun...pukul 5 baru nak bangun..kelam kabut aku bukak lampu dan trus ke dapur..nasib baik ikan dah siap siang smalam dan dah siap kunyitkn..kalo tak chaos...sakit2 pun tanggungjawab tetap tanggungjawab..tp tkper,org perempuan kan kunci untuk ke syurga senang jer..taat perintahNya dan patuh pada suaminya serta menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya..tapi kesian om dengan mizi..semalam dah janji nak buatkan tempe goreng..tp tak sempat la..siap suma pun nakdekat 5.20 ..mana nak makan ubat,nak sediakan air..gosh....

ADA APA DENGAN SAHABAT ....
erm lepas nak siap suma aku pun mengadap la lappy yang setia dgn aku nih..excited nak bukak blog somebody yang dia ckp dah buang suma post lama n dah buat entri2 baru..blog seseorang yang amat bermakna buat aku..bagi aku dia semangat buat aku..dia lebih dr seorang teman buat aku.tp pagi ni aku sedikit kecewa bila bukak blog dia..aku teliti betul2 suma bait bait ap yang dia typekn..hurm..hati aku kecewa lagi...malas aku nak mention kerana apa aku kecewa..kalau dia baca blog aku yang tk menarik dan aku tk kesah pun orang nak baca ke tk,hanya satu jer aku nak ckp,"u belum cukp buktikn apa yang u cakapkan pada i selama ni.." bdw...blog u amat menarik...semoga apa yang u impikan akan tercapai secepat yang mungkin.InsyaAllah..semoga bahagia dengan KAWAN2 u yang banyak bg semangat untuk u ..thanks 4 everything...

NAUFAL MIQAIL..
ya Allah..budak kecik ni amat aktif la skang..semalam aku beli rotan..kunun2 nak takut kan si kecik nih..tp lain pulak jadinya,,rotan tu dia ambil nak sebat kami balik..huisshhhhhdah la kuat merajuk..semalam sampai kol 12 malam tk tido2 lagi n nak suh daddynya layan dia main bola..anak oh anak...dah malam ni wei...kalau ajak main bola jer takper..ni kalau bola tu pergi jauh sikit dia hanya mintk dan tunjuk2 jer bola tu suh kami amek..amboi anak,kecik2 dah tunjuk belang..erm..k lah..dah pukul 6.30 nih..solat dulu n then tido balik..harap2 dengan tido akan kurangkn kesakitan yang aku tanggung nih..adios..

diari separuh ramadhan pertama ...

August 22, 2009 - Saturday

diary separuh ramadhan pertama..huhuhu

4.15 AM 22. OGOS.2009

Pagi pagi lagi i dah bangun..walaupun cuma kami bertiga jer yang sahur my hubby me n om..ok..i bangun jer of coz i kejut my hubby first bcoz i ni seorang yang sgt penakot ok...hahahaha..nak pergi dapur pun suh hubby i teman..so nak tknak terpaksa la dia baring dulu atas sofa kat hall untuk temankn i siapkn juadah sahur..sian dia dapat isteri yang penakot yang amat.ok i admit tu adalah sifat paling buruk yang i cuba untuk tindaskan..terlampau penakot..fyi..i tk akan dengar apatah lagi melihat jika ada iklan iklan berkaitan citer2 seram kat tv tu..apatah lagi nak nk g tgk movie seram..yang paling kelakar..citer zombie kampung pisang yang dorang kata kelakar gila tu..sampai skang i tak der intend nak tgk coz dengar2 kata ada scene yang melibatkn pocong..i "alergic" dgn benda itu.

dah la..continue pasal sahur td..lepas dah siap2 semua ,i pun bersahur la ..tiba2 i dgr bunyi pintu bilik i mcm ada orang bukak..dalam hati i "alamak scene ni mcm aku dah jangkakan jep"..yah...my little son bangun!! omg..at this time?ni mesti kes dia try meraba mencari i kat sebelah tkder then trus bgn..nasib baik dia keluar dengan senyuman..so lega la sikit..n u all guess what!dia pon bersahur sama..ayat pertama yg kuar kat mulut dia.."mam"..so nak taknak suap la dia..anak oh anak.tau tk skang baru pukul 4.30 pagi..huhuhu..

10.00 a.m
got text from aunty nani hanis zalikha season 1 m'sian dream girl mum..yer adik adik diulangi hanis zalikha punya mama owner blog www.inibelogsaya.blogspot.com. actually i ada order kueh raya yang nampak dan dah tentu2 super dupper nyummy tu..dia tanya kueh apa yang i nak order..so dengan memberanikan diri i pun call aunty nani..huhuhu..dia memang peramah..i suka sgt..mcm ni i order kueh banyak pun tk menyesal..so at the end i pilih untuk order kueh chocolate chips,peanut butter,hazel nut swirl,chocolate crumpy n crispy nestum..wah sumanya meletop2..tk sabar nak tunggu order i siap..disebabkn i orang johor dan mereka suma ada kat k.l so terpaksa la i menunggu dengan sabar untuk makan suma kueh2 tu coz nanti aunty nani akan hantarkan kueh tu kt restoran parent i kat puchong..so nak kena tunggu parents i balik kota nampknya terpaksa la i hari hari mengadap gambar kueh raya tu kt blog aunty nani.. k lah..u all yang kat k.l tu try la survey kueh2 raya kat blog aunty nani..bukan kueh jer..cake pun ada..pakal la i jauh.kalo tk dah lama i order cake tu skali...harga sangat berpatutan..try la k.. www.nanirostam.blogspot.com .

tp kalo ada sesiapa yang baik hati nak hadiahkan i strawberry moist chocolate cake terbaek dr dapur aunty nani tu untuk bday i end of this month..i dengan rela hati bayarkn janji u all tolong cari idea macam mana cake tu dengan selamat boleh sampai kat i..tkkn nak soh hanis zalikha hantarkn kat depan pintu umah i bila dia on da way balik uitm segamat nanti..hahahaha very da verangan la i nih..dah dah sebelum i merepek..baik i stop dulu...banyak lagi kerja nak dibereskan sebelum balik kampung untuk berbuka bersama family tercinta..acehh..ayat mcm power,mcm jauh jer kampung i tu kn..padalah 10 minit dah sampai siap terbongkang kt atas sofa umah family i..selamat berpuasa yer semua...yupss hanis zalikha yang sweet n aunty nani..ni la cake yang i idam idamkn for my bday..i nak trus dr dapur aunty nani sahaja ok.. jangan lupa check it out byk lagi yg menarik kat blog mereka berdua... chow..

Ada apa dengan kemaafan?

August 21, 2009 - Friday
ada apa dengan kemaafan?

sebelum berpuasa kita harus bermaaf-maafan dulu agar puasa kita diterima Allah ..dengan rasa rendah diri saya ingin memohon kemaafan kepada semua sahabat sahabat saya dan saudara mara saya..semoga ramadhan kali ini kita memberi seribu rahmat buat kita semua..


to ex high castle club...
korang memang da best..walaupun suma dah buat hal masing2..korang banyak mengajar aku erti kawan dan mengenali ragam2 manusia ..maafkn aku dengan mizi jika selama kami dengan korang ada salah dan silap kami yang menyinggung perasaan korang..aku doakan korang semua berjaya dengan impian masing2...


to suma teman2 al attas..
maafkan su coz banyak antara majlis korang yg
tk dapat su hadir...almaklumlah..ibu mithali mmg macam ni..huhuhu nak uruskan anak,suami perniagaan lagi..insyaAllah,puasa kali ni kita akan gathering and berbuka sama2 lagi..kali nih nk tido hotel mana pulak yer..huhuhu thanks to nasha coz tahun lepas support kita semua tido @ m suite hotel..kali ni sponsor la lagi yer..

hohoho TO my best fren as and dyana..
maafkan aku yer makcik2 oii..thanks co selalu nasihatkan aku...na bila nak makan ketam masak telor asin kt tepian tebrau nih...hehehehe..

dan untuk suami ku tercinta..
maafkan me ye sayang.me berusaha untuk jadi yang terbaik untuk keluarga kita..me janji akan jaga kesihatan me..makan ubat dengan betul coz me tahu anak kita masih kecil lagi..lepas ni me janji tak nak membebel suruh b jadi romantik lagi..puasa kali ni me akan cuba masak yang sedap2 untuk b..me tahu yang semalam masa kat hospital time nak melawat mak yg b ckp "b rasa b skang dah kurus la me..seluar suma dah longgar"..me tahu b ckp macam tu coz nak suh me masak sedap2 kan..huhuhu..and lepas ni me also tkkn membebel bila b nak gym la apa la....thanks sayang coz terima me seadanya.

and to my family,ibu ayah,mak,kakwa,kakdik,anak2 sedaraku,abang2 iparku..
maafkan kita..semoga lepas mak sembuh ni,,semuanya akan jadi seperti sediakala n berubah kepada lebih baik..air di cincang tkkn putus kn..len la kalo S.A. J cabut meter..tu bukan putus lagi dah..kemarau trus..huhuhuk lah..byk dah membebel nih..nak kemas2 dapur wat apa yang patut untuk sahur pertama esok..selamat berpuasa yer semua...

opss..lupa plak...untuk pekerja pekerja dan bekas2 pekerja ku..maafkan salah dan silap kami selama kami menjadi majikan anda semua..tanpa anda siapalah kami...

khas untuk ana yang selalu tolong kak miza..
maafkn kak miza yer..kak miza hargai sgt sgt hubungkan kita nih...huhuhuhu..tiba tiba jd emo pulak...chow..masak dulu...lalalaalala

bila rasa ingin membelog

August 18, 2009 - Tuesday

Current mood:menghargai dan bersyukur
Category: Life



Boring...



Kenapa yerk hari ni tiba2 rasa boring?bila time mcm ni lah otak ni mula teringat itu teringat ini..rasa macam nak membelog kn diri(ops sowi..i mmg sengaja tiru ayat 'membelog' hanis zalikha yg hot tu..hahaha..sumpah!!dia mmg cool beb)...


Hari ni asz my bestties dah dapat kerja sementara menuNGgu dia posting..loll makin bohsan la i kat rumah ni.yer la dah dkt seminggu dia duduk umah i,hari2 tido lambat sama2,mentenet sampai ke pagi..sampai dia pon nek heran n tanya "laki ko tk kesah ke weh??"well ,biasa la..hubby i mmg sporting.. asz.kalau dia ada ada gak tempat orang nak membebel kat i pasal "tsunami" yang tengah melanda kat jiwa i skang nih.. aSz ni bila dia dah mula bercakap siap sedia jer la telinga tu nak bernanah ..hohohoho pedas beb bila dia dah start membebel..tp i faham apa yang dia bebelkn tu sebenarnya betol...


Puasa tinggal lagi berapa hari jer lagi..alhamdulillah,akhirnya ramadhan tiba lagi..tk sabar rasanya...Ramadhan kali ni mesti lebih bermakna coz naufal dah besar sikit..tak terbayang apa la yang dia akan buat bila kami semua tgh bersahur kn...kalo ramadhan dulu dia masih lagi 3 bulan..kami semua bersahur kat bawah dia tinggal sorang sorang kat bilik..kali ni mana la tau nak ikut bersahur skali huhuhutengok dari "kehyper aktiffan(uikss ada ke ayat nih) nampak gayanya ada jugak sahur kali ni i terjerit2 pagi time nak masah coz naufal ni pantang tgk i g dapor..tapi tu semua kalo i merancang nak berpuasa dirumah sendiri..if tak ,i balik la umah kakak ngn mak i.berpuasa kat sana..maklumlah kedai kan cuti lama..so ni lah masa nak together2 dgn family..cehh ayat nak cover padahal mmg malas nak masak..hahahaaha.tp adakah ramadhan kali ni bermakna lagi mcm ramadhan yang lepas2.mak dah tk sihat sgt...siapa yang nak masak?i nak masak?nampaknya makan sardin la ari2 rumah tu..ehem ehem i bukan masak sardin sebab i tk pandai masak k..coz i mmg ternyata malas .hahahaa..nak suh kakak i masak?hurm ..malas la..kang ada jer cerita yang" hot dr oven" yg tersebar..hurm time2 macam ni makin memberontak hati i nak suh kakak sulung i yang dah menetap kat jakarta dekat 5 tahun tu cepat je pulang selamanya ke malaysia nih..kalo dia ada i rasa macam ada jer tempat mengadu..dah la kali ni dia tk sambut raya n puasa dgn kami..wah sedihnya...emo pulak tetiba nih..


em..citer pasal blogging ni..sejak dua menjak dah masuk streamyx ni..rajin pulak i singgah kat blog2 orang....yer la dulu nak baca,setakat pakai broadband yang mcm siput turbo tu jgn mimpi la nak dpt tgk pic2 yg dowg post..skang ni hamek ko..sampai ke pagi melayan blog org..tp sejak2 ni i jadi "terkesan" pulak dr membaca blog2 org nih..perasaan membanding2 kn apa yang kita ada degn org punya..maksud i,sekarang ni i mula membebel dgn my hubby suh dia jadi tu la ini la.romantik la,apa lahh..hurmm..tiba2 rasa berdosa lak ckp mcm tu dgn dia....ok lepas ni i berazam untuk bersyukur apa yang ada depan mata dan belajar menghargai apa yang kita ada..maafkan me ye b...macam yang kawan baik i penah ckp "miza laki ko tu dah cukup baik la wehh..ko nak apa lagi..ko tk masak dia tk kisah..ko nak mentenet sampai ke pagi dia tk kisah..ko nak kuar ngn kawan2 ko n tinggalkn anak kat umah mak ko dia tk kesah..aku rasa kalo laki aku,dah lama aku kena tinggal ..romantik tu sikit2 kita boleh pupuk la weh.."hurm ayat2 tu buat aku terkesima kejap...


hurm...miqail dah bangun ..huhuhu baru mummy mula nak mengarang.dah bangun pulak anje mummy nih...


to be continue..


"rindu saat itu"





hubby n mike time ni mike 3 bulan lebih..baru nk start berisi...cari kueh raya kt angsana..

Akhirnya terjerumus jugak ke dunia blogging..




Tak tahu nak cakap apa...berpikir macam mana nak copy n paste blog myspace aku ke sini...