hari ni hati saya berbunga bunga untuk menulis sedikit tentang ayah saya..kenapa yer?kerana mungkin semalam adalah hari yang paling lama yang saya habiskan masa bersama family saya.bukan senang untuk dapat bersama macam ni coz ayah dan ibu saya telah berhijrah ke k.l untuk menguruskan cawangan baru kami dan demi untuk adik adik saya mendapat pendidikan tahfiz yang mempunyai pilihan yang agak banyak di sana..kali ni mereka pulang seminggu di johor..wah bestnya...
siapakah ayah saya..?dia seorang anak yang soleh yang berjaya kerana restu dari kedua ibu bapanya..ayah saya hanya seorang pemuda kampung yang dulunya membesar di durian tunggal melaka dan dibesarkan dengan serba sederhana..atok saya seorang penoreh getah dan berniaga warung secara kecil kecilan di bawah rumah kampung kami..
kerana desakan hidup yang agak susah,ayah saya bernekad untuk menamatkan persekolahannya pada umur 12 tahun untuk mengejar cita citanya membantu keluarganya dengan mengikut salah sorang makciknya yang tinggal di singapura untuk berniaga.dengan berbekalkan wang hasil jualan kambing atok saya,dia pun berhijrah ke singapura..dan saya pernah terdengar yang emak saya bilang ketika itu,ayah saya bernekad untuk menyenangkan keluarganya dan pernah berseloroh"satu hari nanti aku akan bawa pulang kereta mewah ke kampong ni"..tp dimana ada kemahuan di situ ada jalan,ayah saya berjaya membuat apa yang di selorohkn itu menjadi kenyataan..ya..dia membawa pulang mercedes pertamanya sekitar tahun 90-an..
tetapi perjalanan ayah saya tidaklah semudah mana..selepas mengenali emak saya di singapura dan berkahwin.ayah saya berhijrah ke kota tinggi johor iaitu di kg batu 4..dengan berbekalkn ilmu nasi ayam yang dipelajari di singapura,dia membuka warung kecil di depan rumah kami..saya jadi sedih apabila emak saya bilang ayah saya dulu ke pasar hanya mengunakan basikal..
hari demi hari..kehidupan keluarga kami makin berubah,ayah bermula dari warung.kemudian mendapat rezeki lebih sedikit untuk berhijrah ke pekan kota untuk membuka restoran pertamanya sekitar tahun 1985..ya tahun saya dilahirkankakak kakak saya selalu bilang yang saya dilahirkan ketika ayah saya sudah mula untuk senang sedikit..kerana mereka merasa berulang balik ke kampung halaman emak saya dengan menaiki bas dari kota tinggi ke singapura tetapi saya tidak merasanya..Alhamdulilllah..terima kasih di atas limpah kurniaMu Ya Allah..
tahun demi tahun berlalu..sedar tidak sedar..ayah saya sudah mempunyai dua bangunan kedainya sendiri ianini restoran yang saya sedang menjalankan perniagaan di taman sri saujana dan di Baser aircond iaini cawangan yang ketiga terletak di bandar kota tinggi selain menyewa 4 lagi premis ,3 di sekitar kota tinggi dan satu di puchong selangor..dan kini dia sudah boleh bangga dengan 6 cawangan restorannya.. syukur Alhamdulillah Ya Allah...
Ayah saya seorang yang taat pada Agamanya..dari dia bujang hingga ke sekarang,dia bilang dia tidak pernah tinggal solat..itulah kunci kejayaannya..selain restu dr kedua ibu bapanya dan Rahmat yang diberikan olehNya..
kini ayah saya sedang berbahagia bersama ibu dan adik adik kami yang masih kecil lagi..walaupun ayah dan emak saya telah berpisah,tetapi saya tidak pernah menyalahkan keadaan ini..bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya..saya bersyukur,kerana ketika ayah saya berkahwin dengan ibu saya.umur saya masih kecil iaitu sekitar 9 tahun dan ketika itu hanya saya seorang saya yang masih kecil,kedua kakak saya sudah berkahwin dan mengambil alih perniagaan yang ayah saya tinggalkn untuk mereka..dan saya dibesarkan oleh ibu..dan kini ayah saya sedang menerapkan untuk adik2 saya belajar tahfiz..kerana baginya bila kita sudah mempunyai perisai iaini dengan menghafal alquran,dengan sendirinya kita mudah untuk mempelajari yang lain..dulu saya pernah terpikir kenapa ayah saya menghantar adik saya sakina ke tahfiz sedangkan sakina seorang yang bijak dan mepunyai keputusan yang cemerlang di dalam u.p.s.r..kini saya sudah dapat jawapannya..ayah saya berniat untuk menghantar sakina ke mesir untuk mengambil perubatan tetapi setelah dia berjaya menjadi al-hafizah...ayah saya bilang,keadaan sosial sekarang agak tidak terkawal..dan dengan cara ini denga insyaAllah adik adik saya akan dilindungi olehNya..
Ayah saya sudah mengerjakan haji sebanyak 4 kali..adik adik saya sara dan sakinah sudah merasa mengerjakan haji pada umur 9 dan 12 tahun. dan saya juga sudah merasakannya ketika saya berumur 5 tahun.dan ayah saya lebih memilih untuk membawa keluarga kami pergi ke mekah setiap tahun mengerjakan umrah berbanding mengelililingi dunia kerana baginya disana adalah segalanya.. mungkin kerana itulah rezekinya bertambah..saya bangga menjadi anak ayah..
Alhamdulillah..saya bersyukur kerana ayah saya tidak lupa dan Alpa dengan kesenangan yang dimilikinya..saya cuba untuk menjadi sepertinya.InsyaALLAH..
dua kata kata ayah saya yang sering menjadi semangat saya..
"di dalam perniagaan,jauhi 3 perkara..arak,perempuan dan judi"
dan ayah saya mempunyai prinsipnya..
"kerana Allah saya berkerja, kerana Allah saya berusaha, dan kerana saudara(pelanggan pelanggan kami) saya berjaya..."
Dan kunci segala kejayaan adalah ikhlas dengan segala perkara yang dilakukan..
Ayah..saya bangga menjadi anak ayah...TERIMA KASIH AYAH...
jun 2009 ayah saya dan adik adik serta kakak kedua saya mengerjakan umrah sambil melawat mesir..kali ini giliran kakak saya disponsor oleh ayah .jadi saya tidak boleh ikut..kerana giliran sudah selesai.
adik saya yang paling kecil suka memakai jubah kerana melihat koko adib pakainya ketika ingin ke masjid dan ke sekolah.
*entri kali ini adalah sempena hari lahir saya esok..diharap saya dapat menjadi insan yang lebih baik dan hambaNya yang taat...ayah adalah sumber inspirasi saya..
Seorang ibu muda(muda ke) yang sedang memperbaiki dirinya untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak dan bakal anak anaknya..mempunyai seorang cahaya mata yang comel dan seorang suami yang sangat memahami dan sahabat-sahabat yang sering bersamanya ketika senang mahupn susah..
No comments:
Post a Comment